Sabtu, 11 Januari 2014

kopi biji mengkudu




KOPI Mengkudu


Kenikmatan kopi mengkudu tidak hanya dimulut dan leher saja tetapi mempunyai kenikatan pada kesehatan tubuh kita. Semua orang sudah memaklumi buah mengkudu itu sendiri dan faedah yang  digunakan untuk menikmati buah yang mempunyai berbagaii khasiat ini. Antaranya ia dijadikan jus, atau biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras, apabila sudah masak ia boleh di makan begitu saja. Hanya boleh dicampur dengan gula untuk di makan. Kebanyakan  orang kurang menggemari rasa buah mengkudu ini yang agak pahit dan ia jugak mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan apabila sudah masak dan agak ranum.
Baru-baru ini semasa pulang ke kampung, ibu saya telah mempekenalkan kopi biji mengkudu ini kepada saya. Sebelum ini ibu saya biasa mengamalkan jus mengkudu yang dibuat sendiri, yaitu dari buah mengkudu yang telah masak dan diambil airnya. Mungkin ada yang sudah mengetahui tentang kopi biji mengkudu ini. Tetapi mungkin ada juga yang belum mengetahuinya, biasanya produk yang dihasilkan dari mengkudu di pasaran sekarang ini antaranya ialah jus mengkudu pelbagai perisa, ubat gigi, minyak gosok, balsem yang mengandungi ekstrak mengkudu. Tetapi agak unik bagi saya, yang sebelum ini hanya mengetahui yang biji mengkudu hanya dibuang selepas mengambil isi dan jusnya, rupa-rupanya bijinya juga boleh di jadikan kopi yang sangat enak dan mempunyai banyak khasiat sepertimana buahnya. Tambahan pula, kopi biji mengkudu dapat dihasilkan sendiri di rumah.
Aroma kopi biji mengkudu sangat istimewa, tidak ubah seperti kopi biasa yang dibancuh cair ala-ala nescafe gitu!. memang sedap, tapi, ia tidak boleh dibancuh pekat kerana, biji mengkudu agak panas.




Menurut ibu saya yang telah mengamalkan makan buah mengkudu dan minum kopi dari biji mengkudu setiap hari, Alhamdulillah, dengan izin Allah kadar tekanan darah tingginya juga telah berkurangan begitu juga dengan kadar kolestrol dan kencing manis juga telah menurun..ibu juga turut merasai keberkesanan dari mengkudu, apabila dia tidak lagi merasa sakit-sakit di bahagian sendi kaki, dan merasa badannya lebih ringan dan cerdas, tidak lagi kerap merasa letih, di samping mencuci usus dan buang angin. Tetapi sayangnya, kopi yang tidak berkefien, dan mempunyai khasiat ini, masih belum diketengahkan, untuk dijadikan minuman kesihatan secara komersial. Saya bercita-cita untuk mengkomersialkan kopi ini di pasaran, Insyaallah..

Tidak ada komentar:

Posting Komentar